Thursday, December 24, 2009

Johari Ibrahim[diaabangaku] Azmil Johani[diakawanaku]


Betul tu. Seorang adalah abang aku. Seorang lagi kawan aku. Mereka berdua kawan baik dan mereka juga baik. Minat mereka adalah seni. Mereka pandai melukis. Pandai juga bermain gitar. Malah pandai menyanyi serta bermadah berhelah. Benar, mereka sangat berbakat.

Mereka punya rupa yang menarik. Hobi mereka busking di kedai, jamming serta mengusik gadis2 dan wanita2 cantik. Namun mereka tidak gatal. Serius tipu...eh, tak tipu.

Mereka peramah, sangat peramah. Tapi mereka juga bermulut laser. Mereka kelakar, suka ketawa dan membuat orang lain ketawa.

Mereka seperti yang mat saleh selalu kata, The Real Deal. Apa yang kita nampak, itulah mereka. Tak ada nak sembunyi2, tak ada nak hipokrit2.

Mereka mungkin bukan lulusan U, tapi bagi aku, mereka lagi bijak dari sesetengah budak U. U mereka adalah U-jalanan. Sekolah mereka, school of hard knocks.

Asal lapang, aku mesti jumpa mereka. Sekadar mendengar celoteh2 mereka. Menyedapkan halwa telinga dengan nyanyian dan petikan gitar mereka. Kadang2 hanya untuk melihat wajah mereka yang sesungguhnya mempunyai aura2 yang boleh menggembirakan hati.

Jarang2 perbualan kami tak berisi. Setiap kali, pasti mereka akan selitkan kisah2 mereka untuk aku jadikan teladan. Untuk aku jadikan sempadan.

Sebab itu aku suka mereka. Seorang abang aku, seorang lagi kawan aku.


Ini Johari Ibrahim @ Abg Joe. Abg Joe turut berbakat dalam bidang penulisan tau.


Ini Azmil Johani @ Boy. Bapak dia Cina. Macam tak percaya kan, sebab dia gelap =)

* Sketch aku kat atas tuh, hasil kerja Abg Joe lah. Cantik kan.

Monday, December 21, 2009

~rasa yang ditinggalkan~


  • Rindu pada mereka, mereka, mereka dan mereka itu.
  • Rindu bangun pagi, kelam kabut bersiap pergi kelas.
  • Rindu pergi kelas naik kereta satria. Bila lalu selekoh, masing2 yang duduk seat belakang sengaja main himpit2.
  • Rindu jugak untuk melalak dalam kereta satria itu.
  • Rindu makan2 dan lepak2 kat kafe yang penuh dengan lalat itu. Eeewwww...
  • Rindu nak buat kuiz dengan test. Bila lecturer tak perasan, jeling2 kat kawan sebelah tanya jawapan. Bila lecturer paling muka, buat2 dek macam takde pe2.
  • Rindu nak mintak kawan cubit tangan kuat2 sebab nak hilangkan rasa mengantuk dalam kelas. Pastu mengadu sakit. Bodoh...haha.
  • Rindu momen gaduh2 manja dengan kawan2. Lagi2 bila buat group assignment.
  • Rindu tidur lewat malam buat assignment. Padahal on9 manjang.
  • Rindu lepak2 kat mapley tak buat apa2. Sedangkan esok ada kuiz.
  • Rindu saat2 berjaga malam study. Akibat study last minute.
  • Rindu perasaan gembira gila tiap kali kelas habis. Dalam kepala duk pikir katil.
  • Rindu nak beli makan tengah hari kat r&r tuh. Sama2 pilih lauk, kongsi duit tuk lunch. Nasi masak sendiri. Jimatttt.
  • Rindu momen2 pergi serang mall ramai2 bila ada sales. Konon2 duit banyak nak shopping. Bila kena beli buku dan2 takde duit.
  • Rindu tengok movie ramai2 pastuh ramai2 jugak pergi terkam karaoke.
  • Rindu nak buat birthday surprise.
  • Rindu saat2 gelak tak ingat dunia dengan kawan2. Manusia2 lain macam tak wujud masa tuh.
  • Rindu saat2 gosip dengan kawan. Psss...rini dia nampak kiutlah. Psss...MSG.
  • Rindu saat2 bila tak dapat jawab kuiz atau test, bukan salahkan diri sendiri sebab tak pandai. Tapi duk salahkan lecturer tak pandai mengajar. Memang tak patut.
  • Rindu main bunga api masa bulan puasa. Patutnya buat amal ibadat.
  • Rindu sangat..........pada dia, dia, dia dan dia.

Kepada semua yang di tinggalkan tapi takkan di lupakan...

I MISS YOU-I LOVE YOU


We sure know how to have fun!!


Friday, December 18, 2009

KARMA

Percaya pada karma tak? Saya percaya. Sangat2 percaya. What you give you get back. Itu yang saya selalu cakap pada diri saya. Sebab itu bila hendak buat sesuatu perkara, lagi2 perkara yang kurang baik, saya selalu berfikir panjang.

Tapi sebagai manusia biasa, saya kadang2 lupa. Bila lupa, saya akan mula menyakitkan hati orang lain. Saya akan buat perkara2 yang tidak sepatutnya saya buat. Yang ironiknya, bila saya buat perkara2 tersebut, baru saya teringat karma, baru saya rasa takut, rasa bersalah.

Tapi ada jugak perkara2 yang saya buat itu, memang patut saya buat. Memang perkara yang betul...namun ianya melukakan hati orang lain. Adakah karma akan mengejar saya? Saya tidak tahu. Saya harap tidak.

Oleh kerana saya sangat2 percaya pada karma, saya begitu menjaga perlakuan saya lagi2 perbualan saya. Saya takut untuk berkata tentang perihal buruk orang lain sebab saya takut orang akan berkata tentang saya. Yang paling saya takut, saya akan jadi seperti orang yang saya cakap itu. Contohnya saya cakap A bodoh. Saya tak berapa kisah kalu orang lain pula yang kata saya bodoh. Yang saya kisah kalau2 saya akan jadi bodoh.

Mungkin kamu pelik, kenapa saya begitu takut pada karma? Yang sebenarnya, karma sudah beberapa kali berjaya mengejar saya. Saya sudah rasa. Saya tahu saya tak akan berjaya lari daripada karma. Jika bukan di dunia, pasti saya akan mendapat balasannya di akhirat kelak.

Dan oleh kerana saya percaya pada karma, saya harap janganlah ada manusia2 yang akan menyakiti saya. Saya tak akan benarkan karma memilih insan lain untuk membalas perbuatan itu. Kerana saya sendiri akan membalasnya.... What you give you get back kan.

p/s: Saya bukan pendendam tapi saya juga bukan pemaaf...

Tuesday, December 15, 2009

Selamat Datang! Welcome! Ahlan Wasahlan!

I once told a dear friend of mine, "I'm not going to let people read my blog. No way. At least not for the time being..." She asked me why. I said, I'm not prepared to share my feelings to the world. That was 9 months ago.

Now, 9 months later, I'm letting people know me. Know my emotions. Something that I'm not used to cos I'm not the type of people who would share my feelings with somebody else. Not even my family nor close friends. Let alone the world. You see, I'm a very erm...nope. I am a SUPER DUPER secretive person.

Yes, I've been over-protective to myself. Who doesn't? Once I let people 'read' me, the walls that I've put around me will come tumbling down. I will be transparent.

I know..I know..I'm being ridiculous. So, after thinking for a while and put many things into considerations, I think why not? Just let go of my feelings, my thoughts. If there are things that I don't want the world to know, I don't have to write it. It's as simple as that. And by the way, who's going to read my blog? I'm lucky enough if a few of my good friends reading it.

So, here we go Blog!! Welcome to blogging world!!