Saturday, February 27, 2010

-Mimipi Tak Berapa Nak Indah-


Semalam mimpi dapat hadiah keyboard Yamaha yang menjadi idaman hati. Happy gila.

Baru jek nak sentuh keyboard tuh, tetiba keyboard bertukar jadi organ. Bukan sebarang organ, tapi organ lama berabuk yang ada kat rumah. Aaaaaaarghhhh.

Takpelah, janji dapat main. Baru jek letak jari tetiba rasa macam cerah jek. Tengok2, laaa...dah terjaga rupanya = (

Terasa seperti mau buat donation pleas kat internet. Ada sape2 mau sponsor keyboard Yamaha satu?? Tangan dah gatal sangat nak main keyboard nih.

Friday, February 26, 2010

- B.E.S.T.F.R.I.E.N.D-

Adakah kawan baik anda mempunyai ciri2 berikut: -

~ Boleh dihubungi & sms mereka bila2 masa.
~ Boleh jumpa mereka hampir bila2 masa tanpa perlu appointment.
~ Boleh stori macam2 dan kongsi macam2, baju, seluar, kasut, make up, dll except suami.
~ Boleh berkongsi rahsia tanpa perlu risau xoxo. Dan hampir semua rahsia mereka tahu.
~ Boleh jadi tempat tuk jerit2 marah2 bila terasa sakit hati.
~ Kadang2 turut menjadi punch bag bila terasa seperti mau memukul seseorang.
~ Di saat kebosanan, boleh saja2 cari pasal gaduh2 dengan mereka.
~ Boleh menjadi bahu-untuk-ditangisi tanpa perlu risau hingus, air liur, muka huduh dll.
~ Penasihat rasmi dan tidak rasmi dalam hampir semua perkara --> fashion, make-ups, hair-dos, family, work, life, death, future, guys, love and the list will never end.
~ Penyokong dan pengkritik tetap.
~ Hanya mereka sahaja yang boleh mengutuk melampaui batas tanpa perlu terasa hati.
~ Menyampaikan yang benar walaupun pahit.
~ Sentiasa ada di saat susah & senang.
~ Walau berkahwin, masih ada masa untuk teman baiknya.


Kawan baik saya ada semua ciri di atas.

Sangat3 bertuah kerana dikurniakan bukan 1 tapi 2 kawan baik.

Banyak lagi sifat mereka tapi tak mampu nak diluahkah dengan kata2.

Syukur padaMu ya Allah...semoga persahabatan ini kekal selamanya.


Kiri --> kanan: Fadh, Sya, As

-ALKEESAH-



It's 2am, 270210. I can't sleep.

Went straight to my laptop, turned it on and get online.

Don't wanna do anything else except blogging (with the exception of you tube-ing and wikipedia-ing once in a while). Gotta achieve the 10-entries target. Caiyokkk!!!

Mom is on diet since Monday, which is a grrrreat news for me. Why? Cuz firstly, I've gained quite a few pounds myself so with mom's on diet, I can be on diet too. How? I am the cook in the house for the time being. The story goes like this. My mom is taking some diet juice. The juice should make her feel sated which means she can cut down on her meal portion. At the same time, it will also increase her metabolism. As I'm the cook, I am mostly responsible in preparing dinner. So to speak, I'm a good daughter and a good daughter should support her mom right. Meaning I have to make a diet-friendly dinner. Whatever my mom has for dinner goes to my stomach as well and wallaaaa!!! I am on diet too.

Watched American Idol tonight. The new season sure brings out great talents but somehow these contestants had a terrible 1st week. Both the girls and the boys. I follow this season from the beginning, I must say those Top 24 deserve to be in AI but watching them perform kind of disappointing me. If I'm one of the judges, I would really question my decision on choosing those people to be in the Top 24.

Watched the re-run of American Idol season 8 as I didn't get to watch it last year. Tonight's episode was the Top 3. Adam Lambert is the man! Yes, he is. He should have won it. I like Kris, he's handsome, talented, nice, bla bla bla but he's nothing compared to Adam. Owh Adam....why do you have to turn out gay. Why? Why?

Totally forgot that I have a wedding invitation tomorrow. One of my so called gang from secondary school is getting married. Luckily another friend of mine who's also in the gang sms me.

Gotta end this now or else I'm gonna continue bla bla bla.



-First Cut is the Deepest-

Songs are and have always been a great influence in my life. For me, it's more than just some melodies and lyrics.

The lyrics are like windows to heart. The melodies are like sceneries that surround it.

I have many songs in my list. I play them according to my emotions. At this moment First Cut Is The Deepest is top in my list. It's a song about a woman trying to forget her first love by trying to love another person. Instead, she found out that first love will always somehow stay in her heart eventhough it was heartbreaking.


I would have given you all of my heart
But there's someone who's torn it apart
And he's taken just all that I have
But if you want I'll try to love again
Baby, I'll try to love again, but I know...

The first cut is the deepest
Baby I know
The first cut is the deepest
But when it comes to bein' lucky, he's cursed
When it comes to lovin' me, he's worst...

I still want you by my side
Just to help me dry the tears that I've cried
And I'm sure gonna give you a try
If you want I'll try to love again
Baby, I'll try to love again, but I know...

Oohhh,
The first cut is the deepest
Baby I know
The first cut is the deepest
But when it comes to bein' lucky, he's cursed
But when it comes to lovin' me, he's worst...

I still want you by my side
Just to help me dry the tears that I've cried
But I'm sure gonna give you a try
Cuz if you want I'll try to love again
(Try to love again, try to love again)
Baby, I'll try to love again but I know, Oohhh....

The first cut is the deepest
Baby I know
The first cut is the deepest
When it comes to bein' lucky, he's cursed
When it comes to lovin' me, he's worst

Oohhh, the first cut is the deepest
Baby I know (baby I know)
The first cut is the deepest
Try to love again...

Tuesday, February 23, 2010

-tantrum lagi-

Lama giler tak update blog. Target nak ada at least 10 entries tiap2 bulan tapi nih baru entry yang ke-5 tuk bulan nih. Boleh ke capai target? Entahlah.

Hidup makin membosankan. Rasa macam nak MIA jek. Boleh tak.

Sangat benci bila tengok manusia2 yang tak reti bersyukur dengan apa yang mereka ada. Tapi diri sendiri pun sama. So, should I hate myself as well?

Status kini: I HATE MY LIFE

Wednesday, February 10, 2010

- A B A H -


Abah,

9 Februari 1956, tepat 54 tahun arini, abah jenguk dunia. Tapi masa abah kat dunia tak panjang. Allah cuma beri abah masa 41 tahun jek untuk abah hidup kat muka bumi nih. Pendek kan abah... Mat saleh cakap, life begins at 40. Tapi tuk abah, life ends at 40.

Akak ingat lagi, cuti sekolah hujung tahun 1996, kita 1 family pergi bercuti. Merata kita pergi. Abah bawak pergi KL, kemudian Melaka, last sekali Johor. Masa tu, takde 1 pun tanda2 abah sakit. Semua orang happy. Abah yang paling excited sekali. Kalau akak tau tuh kali terakhir kita 1 family pergi vacation, akak akan betul2 spend masa tuh dengan abah. Akak amik gambar banyak2 dengan abah. Akak borak lama2 dengan abah.

Lepas vacation tuh, akak tak sabar nak tunggu cuti sekolah tahun depan plak. Akak tahu, mesti abah akan bawak pergi jalan2 lagi. Abah kan suka jalan2, spend masa dengan family. Even hujung minggu pun, paling2 tidak abah mesti bawak 1 family pergi picnic.

Abah,

Sekejap jek masa berlalu. Abah tak pernah pun sakit2. Bulan Mei 1997, abah balik dari hospital, ada sampul surat besar kat tangan abah. Filem x-ray abah rupanya. Masa tuh akak tak tahu pe2. Yang akak tahu, akak rasa excited bila tengok x-ray tuh. Yelah, 1st time tengok. Biasa tengok dalam tv, kat drama ER. Sekali dapat tengok depan mata, memang jakun. Serius akak tak sangka, petang tuh merupakan permulaan kepada pengakhiran hidup abah.

Masa doktor diagnos abah, kesan penyakit abah, semuanya dah terlambat. Tumor abah dah besar, tak boleh dirawat. Tambahan pulak, tumor tuh betul2 tumbuh kat pangkal otak. Very high risk to operate. Masa mula2 sakit, abah & mak selalu ulang alik pergi HKL. Akak selalu buat muka tiap kali abah & mak pergi HKL sebab akak & adik2 kena tumpang rumah sedara-mara. Akak rasa bersalah sangat3 bila ingat tentang tu. Ya Allah...kalau akak tahu, hidup abah tak lama, memang akak takkan buat muka. Akak ingat lagi, abah jarang naik suara ke akak, tapi ada sekali tuh, abah naikkan suara sebab marah dengan perangai akak. Akak minta maaf....

Berat badan abah makin bertambah lepas sakit, kesan dari ubat yang abah amik. Steroid. Ubat ni untuk tahan sakit. Tapi kesan sampingannya, selera makan abah bertambah dan kadar metabolisme abah menurun. Tapi akak suka tengok abah berisi, nampak makin handsome.

Dari ubat steroid ni lah akak tahu abah memang cuma tunggu masa jek. Masa dalam kelas sains kebetulan pulak cikgu bercakap tentang ubat2an, so akak tanya cikgu, kalau seseorang tuh diberi steroid apa maksudnya. Jawapan cikgu, itu adalah jalan terakhir yang dapat dilakukan oleh seorang doktor. Akak terdiam bila dengar jawapan cikgu tu. Kalaulah cikgu tahu orang yang akak maksudkan tu abah, mesti dia akan kasi jawapan yang lebih sedap di dengar kan, abah.

31 Ogos 1997, kecoh satu dunia tentang kematian Puteri Diana. Masa tu akak rasa kesian sangat kat Putera William & Putera Henry. Akak duk fikir macam mana lah derang nak teruskan hidup tanpa ibu. Akak terlupa tak lama lagi giliran akak pulak yang akan jadi yatim seperti mereka.

September 1997, ada open day kat sekolah. Maksudnya, hari perjumpaan ibu bapa & guru. Abah & mak datang berdua. Abah tau tak, cikgu puji abah & mak dalam kelas. Yelah, tak ramai ibu bapa yang datang berdua sekali. Biasanya salah seorang jek yang hadir. Akak rasa bangga sangat masa tuh. Thanx abah....

Abah,

Akak perasan, makin hari akak nampak abah makin berseri, kulit macam makin cerah. Kenapa yer.

6 Oktober 1997, abah dimasukkan ke hospital. Akak tak pelik. Tuh bukan kali pertama abah masuk hospital. Sejak abah sakit, dah kerap sangat abah masuk hospital. HTAA tuh dah macam rumah kedua abah, dah jadi tempat persinggahan bagi anak2 abah.

6, 7, 8 Oktober, abah tidur jek. Abah, akak bukan anak yang baik. Sepanjang 3 hari tuh, sekali jek akak pergi jenguk abah. Akak lebih suka duduk rumah, tengok tv, dari pergi HTAA tuh. Akak amik ringan jek hal abah. Maafkan akak yer abah. Sebenarnya akak tak kuat...akak masa tuh masih nak menafikan yang abah tak sihat. Akak tak boleh tengok abah terlantar sakit...akak rasa hopeless sangat3.

9 Oktober, abah dah bukak mata. Akak pergi jenguk abah hari tuh. Mak masak jemput2 pisang, kuih kegemaran abah. Abah jamah sikit jek. Bakinya, anak2 abah yang habiskan. Minum petang abah yang hospital sediakan pun, anak2 abah yang habiskan. Abah tengok jek. Abah tak banyak cakap.

10 Oktober, abah sama macam semalam. Diam jek. Tapi masa tuh akak tak fikir apa2 sebab abah dah mula boleh bangun. Akak fikir, lagi 2/3 hari, abah dah boleh balik.

11 Oktober, Sabtu. Mak kena pergi kerja, akak kena pergi sekolah, ada koku. Sebelum tuh, mak & akak singgah hospital dulu. Lawat abah. Mak papah abah pergi toilet, bersihkan apa yang patut. Macam biasa, abah tak makan sangat. Sarapan abah akak yang habiskan. Selesai semua, akak salam tangan abah. Akak ingat lagi abah tanya, ada aktiviti sekolah ke. Akak jawab yer. Abah, sungguh akak tak sangka tu kali terakhir akak nampak abah buka mata, kali terakhir akak dapat salam tangan abah, kali terakhir akak dengar suara abah, kali terakhir akak bercakap dengan abah. Sungguh abah...memang akak tak sangka.

Tengah hari tu, mak & akak datang hospital lagi lawat abah. Abah tidur, lena sangat. Nurse cakap abah baru jek tidur.

Petang tu, mak, akak & anak2 abah yang lain datang. Abah tidur lagi. Pelik....abah penat sangat kot, tuh yang akak kata dalam hati.

Macam biasa, malam2 mak yang temankan abah kat hospital. Nasib baik jarak rumah dengan hospital dalam 5 minit jek. Senang mak nak ulang-alik. Akak & anak2 abah yang lain tinggal kat rumah.

12 Oktober, pukul 5am tak silap, akak terjaga dengar bunyi kereta. Mak baru balik. Cepatnya mak balik, akak cakap dalam hati. Kemudian akak terdengar mak bercakap dalam telefon, mak kol mak long, kakak abah. Mak cakap abah koma dalam tidur. Suara mak teresak2 menangis masa cakap dengan mak long.

Pastu mak masuk bilik, kejut akak, cakap benda yang sama. Mak kata siang nanti pak busu datang amik bawak pergi hospital. Mak pesan makan dulu, mak ada beli nasi lemak. 5@10 minit lepas tuh, mak pergi hospital balik.

Masa tuh akak tak tau nak react macam mana. Akak menangis?? Pelik, akak tak menangis. Akak jamah nasi lemak yang mak beli, akak rasa tawar jek. Akak kejut adik2, suruh derang mandi, siap2. Dalam pukul 8am, pak busu datang.

Abah, 12 Oktober 1997, hari yang paling banyak akak menangis dalam hidup akak. Abah terbaring atas katil, ada mesin sambung ke badan abah. Akak tak pasti tuh mesin apa & untuk apa. Abah memang tak sedar apa2. Abah koma. Abah pengsan dalam tidur. Akak mengaji, baca yasin dekat telinga abah. Abah dengar tak? Berkali2 akak ulang baca yasin, air mata tak berhenti2 mengalir. Akak tak suka menangis depan orang ramai, tapi hari tuh, akak tak dapat tahan air mata akak.

Malam tuh, 1st time akak dapat duduk kat hospital, teman abah. Mak, akak, Khairul, We & adik bongsu abah, kami sama2 stay kat HTAA malam tuh.

13 Oktober 1997, pukul 12am, akak mengantuk sangat, katil depan katil abah kosong, so akak tidur kat atas katil tuh. Mak lena kat atas kerusi sebelah katil abah. Khairul, We & adik bongsu abah tidur kat kaki 5 kat luar wad. Kesian derang, dah lah kat tingkat 7, mesti sejuk.

Pukul 3am, akak terjaga. Mak suruh akak plak jaga abah, mak tidur kat katil yang akak tidur tadi. Dalam tersengguk2, akak tengok abah, abah nampak tenang. Akak tenung muka abah. Akak cuba tanam dalam fikiran akak rupa abah. Akak tak nak lupakan rupa abah. Akak tenung puas2. Akak cuba ingat kedut2 kat muka abah, alis kening abah, bentuk hidung abah, telinga abah, mulut abah, kulit abah, semuanya. Akak takkan lupakan wajah abah sampai bila2.

20 minit kemudian, saat yang akak akan ingat sampai mati, masa tuh sunyi sangat. Hening. Semua orang tengah tidur. Kadang2 terdengar suara nurse2 berborak. Akak still tersengguk2 kat kerusi. Then, akak dengar abah tarik nafas, hembus. Agak kuat dari biasa. Ya Allah.......akak tahu, abah dah takde. Orang lain tak dengar pun hembusan nafas abah yang terakhir. Akak sorang jek yang dengar.

Tapi naluri seorang ibu tau.Tak lama lepas tu, We datang, sentuh badan abah, We cakap, badan abah suam. Mak bangun, panggil doktor. Doktor try nak selamatkan abah, doktor nak suntik something ke abah, tapi mak tegah. Mak cakap, no need lah doctor. Mak redha... Abah nampak tak kami masa tuh?

Abah, akhirnya abah pergi. Sekejap jek ek abah. Bulan Mei abah sakit, 5 bulan kemudian, abah pergi. Tak sempat nak manja2, nak spend final time sama2 sebab abah selalu takde, kalau tak masuk hospital, abah gi HKL. Takpun, pergi buat rawatan alternatif.

Abah, akak bangga sebab dalam 4 orang anak abah, Allah pilih akak untuk jadi orang terakhir yang jaga abah sebelum abah meninggal. Allah pilih akak untuk jadi & lihat yang 'terakhir'. Syukur sangat3.

Abah, kalau abah masih ada, abah akan menjangkau 54 tahun arini. Tapi ada hikmahnya....abah tak akan dan tak pernah akan tua. Abah akan sentiasa muda.

Dah 13 tahun abah pergi. Macam2 perkara berlaku. Tapi tak pernah sehari pun akak lupakan abah. Sampai mati akak akan sentiasa ingat abah. Akak akan pastikan cucu2 abah tau pasal abah. Tiada lelaki yang lebih baik di dunia ni melainkan abah.

Abah, insyaAllah, kita akan bertemu lagi bila tiba masanya. Maafkan akak abah, atas segala kesalahan akak selama abah hidup. Akak sentiasa mendoakan ketenangan abah di sana.

Al-Fatihah.....

MD. DAHAD BIN BASERI, 9/2/1956 ~ 13/10/1997



-H.O.T-H.O.T-H.O.T-

~layan jek~

Giler panas arini. Bukan arini jek. Dah 2/3 hari panas bagai nak rak. Duk berkurung dalam rumah, pasang kipas laju2 pun tak guna. Pakai baju paling minima pun hampeh. Rasa macam kat padang pasir jek.

Dah ler air macam nak tak nak jek keluar dari kepala paip tuh. Sial betul. Ada gak aku komplain kat Karam Singh Walia nanti.

Tuh belum campur dengan tapak tangan ngan tapak kaki aku yang jenis berpeluh. Haish....nak jejak kaki kat lantai pun tak selesa. Sib baik rambut dah pendek, kalu tak, mau lagi rimas.

Apasal laa Malaysia nih panas sangat. Seyes, kalu aku ada duit banyak, memang aku dah blah dari sini. Gi tempat yang sejuk2 skett.

.........jangan nak berleter sal "panas dunia jek nih". nottherighttime


Friday, February 5, 2010

-Entri Emo-


Mak nampak awak macam tak happy jek nak pergi. Kenapa? ~silent~

Takpelah, pergilah. Kuatkan semangat...sambung mak.

~Air mata wehh...jgn nak gatal turun masa nih~

Cepat2 bangun, cuci pinggan, beredar ke ruang tamu.

Walau macam mana bagus pun kita berlakon, ibu tetap akan dapat memahami perasaan anaknya.