Tuesday, August 17, 2010

XOXO

"You think your car is that great to be on the front page?!"

~gulp~

Gile garang pempuan nih.

Aku pun jawab, "Terbaikkk..." tapi dalam hati jelah.

Nak mampus apa jawab direct macam tuh. Dia director, aku? Directot kot.
Bos aku pun tak kata apa2, takkan aku plak nak lebih2.
Kang ada yang kena "you're fired!!". Ish, mintak jauhlah...

She's a tough lady, punye ego yang tinggi. Ada ke masuk2 meeting, tanya meeting nih pasal apa.
Who called up the meeting. Padahal, die sendiri yang invite. Masa tuh, rasa nak puk jek atas dahi die.

Then, bile my boss present his agenda, sedap2 die jek nak potong cakap, pastu belok sana, belok sini.
Entahapapaentah.

Damn!! Tak pasal2 aku dapat dosa kering ngata ke die rini.

Owh, tapi aku tak benci die. She has characters and I like it. I shall be like her one day except takdelah garang sangat macam die kot. I'll be a softer & flexible version of her ^__^

InsyaAllah..

Sunday, August 15, 2010

Al-Fatihah

Terasa seperti incomplete. Serba tak kena. Puas fikir, habis catit semua benda yang tak settle tapi masih rasa macam tertinggal something. Kemudian baru teringat, 2 Ramadhan. Ya Allah.

~~Terpaku sebentar~~

2 Ramadhan, genap 2 tahun engkau tinggalkan dunia.
Dijemput Allah di usia muda.
Ajalmu datang secara tiba-tiba.
Terpaku, terpana, tak percaya...

Semoga rohmu dicucuri rahmat. Doaku bersamamu, juga bersama mereka yang telah pergi dulu...

Al-Fatihah buatmu sahabat, WAWI.

30/4/1983 ~ 2/9/2008 (2 Ramadhan 1429H)

Andai boleh diputar waktu, takkan ada rahsia antara aku & kamu...

Tuesday, June 22, 2010

Monolog lagi


Pernah dengar tak lagu Andai Ku Tahu nyanyian Ungu?

Andai ku tahu kapan tiba ajalku, ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku.
Andaikan ku tahu, kapan tiba masaku, ku akan memohon Tuhan jangan kau ambil nyawaku.

2 minggu lepas, aku mimpi aku mati. Tak, aku mimpi aku akan mati.
Mimpi yang sungguh ngeri. Aku mimpi aku akan mati dalam tempoh 2 hari. It felt real. Aku dapat rasa betapa aku takut sangat. Aku teringat yang aku nih banyak dosa.

Me, being a person who will plan almost everything, felt hopeless sangat3 masa tuh.
Aku tak dapat nak plan dengan baik untuk kehidupan aku selepas mati.
Masa tuh, aku cuma dapat bayangkan seksaan2 yang menanti aku di alam kubur nanti.

Sebijik macam dalam lirik lagu Andai Ku Tahu;

Aku takut akan semua dosa2ku. Aku takut dosa yang terus membayangiku.

It was a very3 bad dream. It haunts me up until now.
I can't get rid of it.
I'm scared of death. I always think of death.
My dad died at a young age.
My sister nearly died at a young age.
Sometimes I feel like death likes me.
I never welcomed it in my life....but it will come.
I can only hope when it does, I'M FULLY PREPARED.

~Semoga Engkau mengizinkan aku mengucapkan kata taubat padaMu~


Monolog...


Hidup ni memang tak adil kan. Tak pernah adil. Macam sial jek rasa bile tengok orang lain yang tak pernah dan tak ingin kerja keras dapat semua yang derang nak. Lagi macam sial rasa bile tengok manusia2 nih jenis tak kenang diri, tak bersyukur dengan apa yang derang ada. Rasa macam nak penampar jek kat manusia2 nih. Kasi sedar diri sikit.

Apasal rasa macam nak marah2 jek nih. Argggghhhhhh!!!!!!!!!!!

Friday, May 21, 2010

-monolog-


Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku sekarang.

Orang nampak aku ceria, memang aku ceria. Tapi itu sifat aku. Manalah aku reti nak tunjuk muka2 sedih nih. Even masa ayah aku mninggal pun, aku boleh senyum gelak masa rakan2 kelas aku datang melawat. So, dari segi nak tunjukkan emosi sedih, aku memang tak dek skill langsung.

Bagi yang anggap aku kuat & berani...yer, aku kuat. Aku berani. Tapi jangan lupa, aku juga manusia yang punya perasaan. Aku kuat, aku juga lemah. Aku berani, tapi aku juga takut. Aku ramai kawan, tapi aku juga sunyi. Aku peramah namun aku turut berahsia.


~.~.
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~


Aku cuba lalui setiap hari dengan gembira. Aku cuba buang jauh2 segala perkara remeh temeh. Andai susah hati, aku istighfar banyak2. Andai rasa sunyi, aku kenangkan kenangan lama.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Ya Allah...aku mohon padaMu ya Allah..murahkan rezekiku, kuatkan semangatku, permudahkanlah perjalananku. Ameenn.....



Cik Nurul Syahida, ingat, setiap ujian yang Allah kasi itu besar hikmahnya. Allah takkan kasi semua itu andai Dia tahu hambaNya tak mampu melaluinya. Insan yang hebat adalah insan yang tak pernah kenal erti penat lelah dan putus asa. Ingat tuh Nurul Syahida.



Thursday, May 20, 2010

-entrygedix-

Saya mau gedik2 main keyboard.
Saya mau gedik2 jln2 sana sini.
Saya mau gedik2 epi2 ngan kwn2 saya.
Saya mau gedik2 gelak2 ketawa besar2 kat tempat keja saya.
Saya mau gedik2 untuk wat macam2.
Tapi gedik2 tak memungkinkan saya tuk capai sume itu.
Sebab gedik2 saya tak boleh berikan saya KEBEBASAN.

Moral of the story? Takde pe pun, cuma saya nak beritahu, saya mau bebas~~~



Tuesday, May 4, 2010

-DREAMS THAT KEEP ME ALIVE-

Andai ditanya tentang kediaman impian saya, ini jawapannya,

"Rumah sederhana besar, di atas bukit, di kelilingi pemandangan gunung-ganang yang indah serta padang hijau nun luas mata memandang, ditambah pula dengan air sungai mengalir tenang di belakang rumah beserta sebuah pokok besar di hadapan rumah yang mana akan di sangkutkan buaian.........di sebuah negara yang bermusim empat."

Benar, ini kediaman impian saya. Yang mungkin hanya mampu dicapai di dalam mimpi. Yang mungkin hanya akan kekal menjadi impian hingga akhir hayat. Tapi tak salahkan untuk saya berterus-terusan mengimpikannya. Kadang-kadang impian yang indah itulah yang menjadi pembakar semangat untuk terus hidup di muka bumi ini setiap hari.

Saya akan terus menanam impian-impian indah jika itu yang diperlukan untuk saya kekal 'hidup'.