Percaya pada karma tak? Saya percaya. Sangat2 percaya. What you give you get back. Itu yang saya selalu cakap pada diri saya. Sebab itu bila hendak buat sesuatu perkara, lagi2 perkara yang kurang baik, saya selalu berfikir panjang.
Tapi sebagai manusia biasa, saya kadang2 lupa. Bila lupa, saya akan mula menyakitkan hati orang lain. Saya akan buat perkara2 yang tidak sepatutnya saya buat. Yang ironiknya, bila saya buat perkara2 tersebut, baru saya teringat karma, baru saya rasa takut, rasa bersalah.
Tapi ada jugak perkara2 yang saya buat itu, memang patut saya buat. Memang perkara yang betul...namun ianya melukakan hati orang lain. Adakah karma akan mengejar saya? Saya tidak tahu. Saya harap tidak.
Oleh kerana saya sangat2 percaya pada karma, saya begitu menjaga perlakuan saya lagi2 perbualan saya. Saya takut untuk berkata tentang perihal buruk orang lain sebab saya takut orang akan berkata tentang saya. Yang paling saya takut, saya akan jadi seperti orang yang saya cakap itu. Contohnya saya cakap A bodoh. Saya tak berapa kisah kalu orang lain pula yang kata saya bodoh. Yang saya kisah kalau2 saya akan jadi bodoh.
Mungkin kamu pelik, kenapa saya begitu takut pada karma? Yang sebenarnya, karma sudah beberapa kali berjaya mengejar saya. Saya sudah rasa. Saya tahu saya tak akan berjaya lari daripada karma. Jika bukan di dunia, pasti saya akan mendapat balasannya di akhirat kelak.
Dan oleh kerana saya percaya pada karma, saya harap janganlah ada manusia2 yang akan menyakiti saya. Saya tak akan benarkan karma memilih insan lain untuk membalas perbuatan itu. Kerana saya sendiri akan membalasnya.... What you give you get back kan.
p/s: Saya bukan pendendam tapi saya juga bukan pemaaf...
No comments:
Post a Comment